Sindiket edar rokok tidak bercukai tumpas

Iklan
Antara kotak berisi rokok yang dirampas dalam dalam Op Kontraban di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket pengedaran rokok tidak bercukai tumpas dengan tertangkapnya dua individu dalam Op Kontraban di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 34 dan 74 tahun yang disyaki aktif mengedar rokok tidak bercukai di sekitar Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

"Kita turut merampas sejumlah 1,140,000 batang rokok tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM855,000," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mastor berkata, dua suspek itu ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.