KEPALA BATAS - Pas Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun terpaksa menghadapi saingan lebih dari dua penjuru, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
"Sama ada berapa penjuru sekali pun kita kena sentiasa bersedia (untuk pilihan raya). Kita tidak boleh terperangkap dengan tidak bersedia.