Tiada jalan pintas berpoligami di Perlis: Ketua Hakim Syarie

Iklan
Gambar hiasan.

ARAU - Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis sekalipun hanya suami dipanggil memberi keterangan pada peringkat awal permohonan, tegas Ketua Hakim Syarie Perlis, Ibrahim Deris.

Beliau berkata, ini kerana mahkamah tetap akan memanggil isteri pemohon sekiranya didapati keterangan si suami meragukan.

Iklan
Iklan

"Jika terdapat keraguan, pihak yang dinamakan sebagai majikan juga turut akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pentauliahan peguam syarie negeri Perlis di sini pada Jumaat.

Beliau juga menegaskan kelulusan berpoligami tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Iklan

Ibrahim diminta mengulas mengenai laporan media sebelum ini berhubung kewujudan sindiket menawarkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama yang dilaporkan berlaku antaranya di Perlis. - Bernama

Iklan