Saya tidak obses untuk jadi PM: Mohd Shafie

Iklan
Mohd Shafie Apdal - Foto Bernama
SHAH ALAM - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui dirinya tidak obses untuk menjadi Perdana Menteri meskipun pernah dicalonkan untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata, pada ketika itu apa yang difikirkan ia adalah satu perubahan yang baik jika pemimpin nombor satu negara datang daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.

"Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan (yang baik dan) tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun pemimpin (Perdana Menteri) dari Sabah atau Sarawak.

Iklan
Iklan

"Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja," katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk Calon PM ke-9 Masih Samar yang disiar secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian pada malam Jumaat.

Program yang berlangsung selama sejam itu dikendalikan Nurul Riduan Nor Ashaha.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri itu turut disuarakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu pertemuan yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

"Perkara ini berlaku di kediaman rasmi kerajan negeri Sabah di Kuala Lumpur.

Iklan

"Saya tidak tahu pun mesyuarat yang diadakan hari itu mencadangkan untuk menamakan saya sebagai calon," katanya.

Bagaimanapun Mohd Shafie berkata, tidak sampai seminggu, sokongan yang dibuat Mohamad dan Gua Eng yang mewakili PH berubah menjadi sebalik.

Katanya, perubahan itu dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya selepas PH mengadakan mesyuarat.