Rusuhan kuil: Bangunan mahkamah dipenuhi orang awam

Iklan
Kawalan ketat di pintu masuk bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Foto Nor Ainna Hamzah
SHAH ALAM - Kelihatan orang ramai terutamanya pengikut bagi kes penangguhan pengambilan tapak kuil Sri Maha Mariamman oleh pemaju, One City Development Sdn Bhd, mulai hadir seawal jam 8.30 pagi.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis juga kelihatan bersiap sedia di kawasan berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan bersidang jam 9 pagi sebelum Hakim M Gunalan dijangka membuat keputusannya.

Pada 11 Mac 2014, berdasarkan penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi, empat pihak bersetuju menyerahkan kembali kepada pemiliknya.

Empat pihak tersebut adalah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil One City serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil itu, K Chellappa dan M Nagaraju.

Dalam penghakiman persetujuan itu pemilik tanah, One City juga bersetuju mendepositkan wang RM1.5 juta kepada pihak kuil.

Notis pengosongan tapak berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 September lalu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Tangguh ambil alih tapak kuil terjawab hari ini ]