Remaja diugut sebar gambar bogel

Iklan

KUALA LUMPUR - Perkenalan singkat di Instagram menjerat seorang remaja apabila diugut kenalan lelakinya itu untuk menyebarkan gambar bogelnya di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa berusia 15 tahun itu menerima ugutan tersebut ketika berada di rumahnya di Jinjang, di sini.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati mangsa berkenalan dengan suspek sejak tiga bulan lalu menerusi aplikasi pesanan di Instagram.

"Mangsa dipujuk oleh suspek untuk berbogel ketika panggilan video dibuat dan suspek telah menangkap layar gambar mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Tambah Eng Lai, suspek mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa jika mangsa enggan memperkenalkan rakan-rakan mangsa kepada suspek.

"Polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi Multimedia," katanya.

Iklan