Dua premis jual peralatan pejabat jenama tiruan diserbu

Iklan
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang sedang memeriksa barangan di salah sebuah premis dalam operasi yang dijalankan pada petang Jumaat.

BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyita barangan peralatan pejabat jenama tiruan bernilai RM34,515 dari dua buah premis di Jalan Raja Uda dan Mak Mandin Industrial Estate di sini.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, serbuan kira-kira jam 3.20 petang pada Jumaat itu melibatkan 14 pegawai penguat kuasa selepas risikan dilakukan sejak dua bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan ke atas premis mendapati dua premis itu disyaki melakukan pelanggaran cap dagangan di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pelanggaran oleh mana-mana pihak boleh dikenakan tindakan tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Mohd Ridzuan memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Tambahnya, KPDNHEP juga akan memastikan barangan di pasaran merupakan barangan tulen.

Iklan