ADUN Ketari, Rara selamat diijabkabulkan

Iklan
Adun Ketari, Young Syefura Othman selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Edrin Nordin hari ini. Foto Twitter Youngsefura

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman,32 selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Edrin Nordin.

Detik indah itu dikongsi Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara melalui laman sosial Facebooknya pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah semuanya sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua," tulisnya pada kapsyen lima foto persandingan yang dikongsi melalui laman sosial itu.

Perkongsian foto detik bahagianya itu menerima lebih 6,000 tanda suka dan lebih 1,600 komen daripada netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut.

Iklan

"Tahniah YB Rara.Kesayangan semua.

Selamat melayari bahtera berumahtangga hingga ke syurga.

Iklan

Semoga Sakinah,Mawardah,Warohmah...YB Rara sentiasa menjadi kesayangan semua," komen pemilik Facebook Serizawa Din Daitan'na.

Selain itu ada juga warganet yang turut meluah perasaan kecewa."Kejam sungguh putaran hidup ini..tahniah YV kerana cedera parahkan anganku selama ini..lepas ni balik Bentong tak mau lalu Ketari lagi..ngilu sangat," luah salah seorang peminatnya.

Untuk rekod Rara bersama pasangannya itu mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Beliau pernah mendirikan rumah tangga pada 24 September 2016 namun bercerai dengan bekas suaminya pada Mac 2019.