Kerajaan minta KKM umum keputusan rentas negeri lebih awal

Iklan
Ismail Sabri

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

Iklan
Iklan

"Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.- Bernama

Iklan
Iklan