PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan cengkaman takhta liga selepas membelasah PJ City 3-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.