Tuchel gembira kebangkitan Chelsea

Iklan
Harvertz merembat melepasi penjaga gol West Brom pada perlawanan berkenaan.

BIARPUN dikejutkan dengan kekalahan 2-5 kepada West Brom minggu lalu, pengendali Chelsea, Thomas Tuchel gembira ‘kebangkitan’ yang dipamerkan skuad kendaliannya itu apabila menewaskan Crystal Palace 4-1 di Selhurst Park pada awal pagi Ahad.

Tuchel menyifatkan kemenangan berkenaan telah meletakkan semula skuad kendaliannya itu di landasan kemenangan setelah menewaskan FC Porto pada aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Segalanya serba tidak menjadi ketika kita berdepan West Brom, namun statistik perlawanan tidaklah begitu buruk di sebalik kekalahan yang cukup memalukan.

"Hari ini kami benar-benar ‘lapar’ selain penuh dengan keyakinan serta berazam untuk beraksi dengan agresif berikutan semua pemain disahkan cergas.

Iklan

"Kami juga memberikan fokus sepenuhnya dengan aksi-aksi agresif yang seharusnya menjadi corak permainan kami sejak dahulu,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Kai Havertz membuka jaringan seawal minit ke-8, sebelum Christian Pulisic menjaringkan gol kedua pada minit ke-10 dan Kurt Zouma (min-30).

Iklan

Crystal Palace merapatkan jurang gol pada minit ke-63 hasil jaringan Christian Benteke pada minit ke-63, namun Pulisic sekali lagi menjaringkan gol pada minit-78 untuk gol keempat Chelsea yang juga kemenangan Chelsea untuk kembali berada pada kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) denga 54 mata.

Sementara itu Tuchel mahu Harvertz terus meningkatkan mutu permainannya serta konsisten memberikan aksi terbaik pada baki saingan EPL kali ini.

"Kita sudah memasuki fasa akhir bagi memburu slot empat terbaik dan ketika ini semua pemain perlu memberikan aksi terbaik dan bagi Chelsea saya mengharapkannya daripada Harvertz (Kai).

"Dia (Harvertz) perlu memberikan aksi terbaiknya untuk kita mengharungi baki perlawanan musim ini,” katanya.