PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui lega pasukannya kembali meraih kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan Aston Villa 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada sabtu.
Menurutnya, kemenangan tersebut membuka ruang buat The Reds untuk terus bersaing merebut tempat dalam kelompok empat terbaik dalam saingan EPL.
"Kami menguasai perlawanan tetapi kami membuat kesilapan mudah dan melepaskan gol. Kemudian kami menjaringkan gol penyamaan sebelum ia tidak disahkan kerana ofside.
"Saya boleh katakan pada separuh masa pertama, ia bukan mood yang baik buat kami. Anda boleh lihat kenapa kami tidak gembira terutama apabila gol penyamaan kami dibatalkan.
"Tetapi, kemudian kami tampil dengan lebih bagus dan meraih kemenangan di laman sendiri. Ia merupakan satu kelegaan kepada saya. Kami berada di sana, bertahan dengan baik. Tiga mata ini sangat berharga.
"Saya tidak mahu terlalu memuji pemain saya, tetapi mereka tahu jika mampu terus menampilkan aksi konsisten seperti ini, kami akan berjaya berada di kedudukan lebih baik," katanya.
Dalam perlawanan itu, Ollie Watkins membuka tirai jaringan buat Villa pada minit ke-43 yang kemudiannya disamakan Mohamed Salah pada minit ke-57 sebelum Trent Alexander Arnold muncul wira The Reds menerusi gol di penghujung babak perlawanan.
Kejayaan meraih tiga mata berharga itu menyaksikan Liverpool berjaya menamatkan badi tanpa kemenangan di Anfield sejak Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, Klopp turut memuji impak yang dipamerkan Arnold dengan pemain pertahanan kanan itu menjadi bahan kritikan sesetengah pihak sebelum ini.
"Saya tidak boleh menghentikan kritikan orang ramai terutama ketika dia tidak terpilih mewakili England baru-baru ini. Tetapi, semua orang setuju dia beraksi dengan sangat baik hari ini," katanya.