Warga emas maut diseret kereta

Iklan
Seorang wanita dilihat menangis di sebelah mayat mangsa yang terbunuh dalam kemalangan tersebut di KM10 Jalan Jerantut-Temerloh pada Sabtu.

TEMERLOH - Seorang warga emas maut selepas diseret pacuan empat roda sejauh tiga kilometer (km) dalam kemalangan di KM10 Jalan Jerantut-Temerloh di sini pada Sabtu.

Mangsa, Abu Samah@Mohd Tahir Singah, 80, dari Kampung Tan Sri Yahya Songsang di sini meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya diseret kenderaan Nissan Frontier.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah arah Jerantut ke Temerloh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai membelok ke simpang di sebelah kanan.

Iklan

"Tiba-tiba datang kenderaan Nissan Frontier itu yang dipandu seorang lelaki warga Indonesia berusia 46 tahun bersama dua penumpang warga Bangladesh dari arah bertentangan melanggar penunggang di bahagian sisi sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Ujarnya, mangsa bersama motosikal diseret sejauh tiga km sebelum jatuh ke atas jalan.

Iklan

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan di muka sebelah kiri, patah bahu kanan dan cedera di beberapa anggota badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

"Pemandu Nissan terbabit juga tidak mempunyai lesen memandu dan dibawa ke Mahkamah Temerloh hari ini (Ahad) untuk permohonan reman," ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.