JHEAIK pantau ketat 71 'port' kaki ponteng puasa

Iklan
Najmi menunjukkan poster ingatan kepada penduduk Kedah untuk menghormati Ramadan dan juga undang-undang yang menanti mereka yang melakukan kesalahan sepanjang bulan tersebut.

ALOR SETAR - Sebanyak 71 kedai makan dan restoran yang menjadi 'port' individu ponteng puasa dikesan di seluruh Kedah pada tahun lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, pemantauan berkala lebih ketat akan dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah pada Ramadan tahun ini yang bermula pada Selasa bagi membanteras kegiatan ponteng puasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hampir 200 pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK ditugaskan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti.

"Lokasi ‘port’ yang telah dikenalpasti ini pelbagai jenis. Ada menjual makanan, minuman mahupun rokok di rumah mereka sendiri, kedai makan dan juga bonet kereta.

Iklan

"Biasanya orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini orang yang sama setiap tahun. Mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (melakukan kegiatan ini)," katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad.

Mengulas lanjut, Najmi berkata, peniaga ini turut menggunakan modus operandi dengan meletakkan makanan dan minuman tersebut di kedai makanan atau restoran bukan Islam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Iklan

Menurutnya, golongan ini juga akan tetap mencari makanan dan minuman halal walaupun ponteng puasa dan makanan yang diletakkan di kedai makanan atau restoran bukan Islam itu menjadi pilihan.

"12 orang yang terdiri daripada peniaga dan pembeli ditahan semasa bulan puasa pada 2019 manakala pada 2020 pula menurun kepada empat orang sahaja kerana tahun lepas banyak restoran dan kedai makan tidak dibenarkan beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Tambah Najmi, tindakan boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap penjual yang menjual makanan dan minuman pada waktu yang dibenarkan sepanjang Ramadan.

"Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa ini adalah antara jam 3 atau 4 petang," katanya.