SEREMBAN - DAP akan mempertahankan dua kerusi Parlimen dan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, perkara tersebut telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).