Bincang kerusi BN Johor tanpa MN, PN: Hasni

Iklan
Hasni ( tengah) hadir pada Majlis Penutupan Program Bangkit 15 di Hotel Trove pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor mengesahkan sudah memulakan perbincangan bersama komponen parti UMNO, MCA dan MIC bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad berkata, perbincangan itu bagaimanapun tidak melibatkan rakan komponen dalam Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas.

Iklan
Iklan

"Saya sudah mulakan perbincangan dengan MCA dan MIC. Kita perlu faham konsepnya dulu, kita ( BN) setuju bahawa MCA dan MIC perlu bertanding pada PRU kali ini.

"Perbincangan kali ini tidak libatkan Muafakat Nasional atau PN. Ini kerana dalam Muafakat Nasional pun banyak ketidakpastian," katanya ketika ditemui selepas penutup program Bangkit 15 anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO Malaysia di Hotel Trove pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN/ UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, perbincangan tersebut sudah mengenalpasti kerusi yang disasarkan antara komponen terbabit.

Iklan

Bagaimanapun Menteri Besar Johor itu menjelaskan jumlah kerusi dan kawasan yang akan ditandingi setiap komponen parti di dalam BN masih belum dimuktamadkan.

"Johor akan terus menjadi negeri utama pada PRU15 nanti. Dalam keadaan teruk mana pun (PRU-14), Johor masih ada wakil rakyat dari komponen MCA.

"UMNO Johor sebagai parti komponen BN akan sentiasa mencari jalan dalam mempertingkatkan kekuatan BN Johor. Formula inilah yang negeri lain boleh ambil dan jadikan contoh di negeri masing-masing," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran Bangkit 15 merupakan usaha UMNO Johor mengukuhkan jentera dan penambahbaikan kaedah serta latihan dalam menghadapi PRU15.