AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II tampil bersama adiknya, Putera Hamzah pada Ahad sejak negara itu digemparkan dengan krisis yang mendakwa bekas Putera Mahkota itu terlibat konspirasi cuba menggugat kestabilan Amman.
Stesen TV turut menyiarkan sekumpulan kerabat diraja menziarahi pusara ahli keluarga mereka.
Istana menerusi Twitter juga berkongsi gambar mereka dengan kapsyen, 'Raja Abdullah II, Putera Mahkota, Al Hussein dan Putera Hamzah menziarahi pusara Raja Abdullah I'.