PONTIAN - Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik di sini pada Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II, Julia Sani berkata, pihaknya menerima kejadian berhubung kejadian itu pada jam 7.18 malam.
Iklan
Iklan
Katanya, sebuah jentera FRT bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian bagi membantu mangsa.
"Setibanya di Hospital Pontian didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun telah tersekat botol plastik pada kemaluannya.
"Anggota bomba bertindak memotong botol tersebut menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong," katanya menerus kenyataan pada Ahad.