Peniaga berputih mata, gandum stok Ramadan dirampas

Iklan
Pegawai KPDNHEP Pasir Mas merampas 800 kg 'stok' tepung gandum dipercayai untuk dijual semasa Ramadan kerana menjual barang kawalan tanpa lesen di Rantau Panjang.

RANTAU PANJANG - Seorang peniaga berputih mata apabila 800 kilogram (kg) 'stok' tepung gandum dipercayai untuk dijual ketika Ramadan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pasir Mas.

Ketua Cawangan KPDNHEP Pasir Mas, Suhaimi Abas berkata, tindakan tersebut diambil kerana peniaga itu disyaki menjual barang kawalan tepung gandum tanpa lesen.

Iklan
Iklan

"Serbuan dilakukan ke atas premis yang menjual barangan membuat kek itu pada jam 9.30 pagi selepas menerima maklumat.

"Tepung gandum berkenaan dipercayai disimpan di kedai berkenaan untuk bekalan Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Menurutnya, barang kawalan berkenaan disita untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan atau berdepan tindakan tegas.

Iklan

Katanya, KPDNHEP Pasir Mas mengadakan operasi bersepadu itu bersama KPDNHEP Tanah Merah dan operasi berkenaan melibatkan 10 pegawai di sekitar Rantau Panjang.