BIARPUN hanya berkongsi teaser trailer filem Frozen II, namun kebanyakan peminat di Malaysia sudah mula berkongsi keterujaan untuk menyaksikan filem yang bakal ditayangkan 27 November depan.
Malah teaser trailer filem terbitan Walt Disney Animation Studios ini sudah ditonton lebih 20 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 13 Februari lalu.