Tiga wanita antara 53 individu ditahan Ops Sarang

Iklan
Sebahagian individu yang ditahan dalam Ops Sarang sekitar negeri ini pada Ahad lalu.

MELAKA - Tiga wanita antara 53 individu ditahan dalam Ops Sarang /Tapis yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka di sini pada Ahad.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, operasi lebih 14 jam itu berjaya menahan mereka yang berusia dari 18 hingga 41 tahun ke atas manakala wanita yang ditahan masing-masing berusia 21, 26 dan 28 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai tokan dadah turut ditahan bersama sejumlah syabu dan heroin dianggarkan lebih 50 gram.

"Operasi bermula jam 12 tengah malam itu diadakan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin.

Iklan

"Sepanjang operasi itu kita merampas dadah dianggarkan lebih 65 gram bernilai RM4,049," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, tangkapan terbanyak adalah kes urin membabitkan 36 orang diikuti memiliki dadah 14 individu dan dua tangkapan membabitkan individu dikehendaki serta satu tangkapan atas kesalahan bekalan.

Iklan

"Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15 (1) akta sama.