Lapan individu disyaki penagih dadah ditahan

Iklan
Mohamad Farouk

AMPANG - Seramai lapan individu disyaki penagih dadah ditahan di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan pada jam 1 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.15 gram," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, hasil ujian saringan air kencing dilakukan dapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya.