Kerangka runtuh: DOSH akan ambil tindakan undang-undang

Iklan

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat perlanggaran peraturan dalam kejadian tiang dan kerangka bumbung runtuh di Juru di sini, semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, DOSH Pulau Pinang berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyebabkan tiga maut dihempap tiang dan kerangka yang dalam pembinaan di Lorong Perusahaan Maju 8 berkenaan sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Iklan
Iklan

"DOSH Pulau Pinang mengarahkan semua kerja pembinaan bagi projek itu dihentikan serta-merta dan menyerahkan dua notis larangan serta satu notis penambahbaikan kepada kontraktor pembinaan atas kesalahan menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu berlaku semasa pekerja sedang memasang c-chanel pada bahagian kerangka bumbung tersebut menggunakan mesin angkat," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja untuk memastikan keselamatan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Dalam kejadian 4.20 petang semalam, enam pekerja dilaporkan terperangkap selepas ditimpa runtuhan tiang dan kerangka bumbung dengan tiga daripada mereka ditemukan maut manakala tiga lagi cedera parah.

Iklan

Warga tempatan P Kumar, 46, dan lelaki Myanmar Rofi Khan, 32, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi warga Myanmar Amir Udin Abil Kasim, 20, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kren terlanggar struktur tiang yang menyebabkan kerangka bumbung yang masih dalam pembinaan runtuh. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pembinaan maut

Kerangka runtuh: MPSP arah henti kerja serta merta