Pelumba basikal atlet pertama terima vaksin Covid-19

Iklan
Muhammad Fadhil menjadi atlet pertama menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19, KBS yang bermula pada Selasa di PPV Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis mengetuai senarai 264 atlet dan pegawai menerima dos pertama suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bermula Selasa.

Beliau diikuti oleh rakan sepasukannya Anis Amira Rosidi sebagai atlet wanita pertama, manakala atlet memanah para, S Suresh menjadi atlet para pertama menerima suntikan vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras di sini.

Iklan
Iklan

Ia adalah sebagai persediaan kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik melibatkan para atlet dan pegawai yang sudah dan sedang berusaha untuk layak ke Tokyo.

Kesemua atlet dalam senarai itu akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Iklan

Turut akan menerima suntikan pada Selasa ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Temasya Sukan Olimpik akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos, manakala Paralimpik dijadualkan bermula 24 Ogos hingga 5 September depan. - Bernama

Iklan