City dijangka turunkan barisan terkuat

Iklan
City dijangka turunkan barisan terkuat dalam usaha melakar kemenangan berdepan Borussia Dortmund.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola dijangka menurunkan barisan terkuat dalam usaha melakar kemenangan pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara berdepan Borussia Dortmund pada awal pagi Khamis.

Menurut Guardiola, dia memerlukan kesebelasan terbaiknya dalam usaha meneruskan rentak kemenangan ke atas Dortmund setelah menewaskan gergasi Bundesliga itu 2-1 pada aksi suku akhir pertama, 7 April lalu di Etihad.

Iklan
Iklan

Malah Guardiola turut mengakui merehatkan beberapa tonggak bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Leeds United pada 11 April.

"Kita merehatkan beberapa tonggak pada aksi suku akhir pertama minggu lalu dan hasilnya kita tewas 1-2 kepada Leeds United.

Iklan

"Bagaimanapun kali ini, kita akan menurunkan barisan terbaik dengan kembalinya kesemua tonggak berkenaan dalam usaha meneruskan momentum kemenangan pasukan,” katanya.

Pada aksi suku akhir pertama lalu, City seharusnya menang lebih besar, namun beberapa peluang gagal disempurnakan dengan baik oleh jentera serangan pasukan.

Iklan

Sementara itu Guardiola mengesahkan akan memanggil Aymeric Laporte untuk beraksi dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara kali ini.

Katanya, kembalinya Laporte dijangka bakal membantu mengukuhkan lagi benteng pertahanan skuad The Citizens itu ketika berdepan Dortmund.

"Kita tidak dapat menurunkan Laporte Sabtu lalu kerana mengalami masalah kecederaan pinggul dan doktor mengesahkan dia tidak boleh beraksi.

"Kini, dia sudah pun kembali menjalani latihan dan kita menjangkakan Laporte dapat diturunkan pada perlawanan ini,” katanya.