Graf status bekalan dan permintaan vaksin negara yang dikongsikan Khairy dalam ciapan di twitternya pada Selasa.
Khairy berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai waktu pemberian vaksin mula diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah mendaftar untuk pengambilan vaksin.
Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut mengulangi keyakinannya terhadap kebolehan kerajaan untuk mencapai sasaran pemberian vaksin kepada 80 peratus rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Pada Isnin, Khairy berkata, Fasa kedua PICK akan diteruskan seperti dirancang bermula 19 April ini walaupun negara berhadapan dengan proses penerimaan vaksin yang perlahan.
Menurutnya, ketika ini Malaysia telah mendapat sebanyak 1.37 juta dos vaksin Covid-19 dengan negara dijangka akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech secara berperingkat pada bulan ini, iaitu 133,380 dos pada 14 April, 31,590 pada 15 April dan 12,870 pada 16 April.