JEDDAH - Saudi Arabian Airlines (Saudia), syarikat penerbangan Arab Saudi, pada Isnin mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk percubaan Pas Perjalanan IATA, bertujuan menyediakan perjalanan antarabangsa yang selamat dan membantu pemulihan sektor penerbangan daripada kesan pandemik Covid-19.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan Pas Perjalanan IATA ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan penumpang membuat pasport digital mengandungi data ujian saringan dan vaksin, boleh dikongsi secara selamat, bagi memastikan peraturan kesihatan dipatuhi ketika pelepasan dan ketibaan ke lokasi tujuan.