100kg beras masak bubur lambuk 1 Ramadan

Iklan
Sebanyak 10 periuk besar bubur lambuk disediakan penduduk Jalan Jati secara gotong- royong pada 1 Ramadan.

KULAI - Sebanyak 100 kilogram (kg) beras dimasak sebagai juadah bubur lambuk yang menjadi tradisi penduduk Jalan Jati Bandar Putra setiap kali tibanya 1 Ramadan.

Menariknya, sebanyak 10 periuk besar digunakan untuk memasak bubur lambuk yang akan diedarkan kepada penduduk dan pengguna jalan raya di Plaza Tol Skudai secara 'pandu lalu'.

Iklan
Iklan

Penganjur program, Hasanudin Ahmad berkata dianggarkan sebanyak 2,500 bungkus bubur lambuk akan diedarkan secara percuma selepas bubur lambuk siap dimasak kira- kira jam 3 petang.

Jelasnya, kos memasak bubur lambak berkenaan diperoleh hasil sumbangan daripada penduduk yang begitu teruja untuk bersama- sama memasak juadah berkenaan pada Ramadan kali ini.

Iklan

"Sebelum ini, hanya tiga periuk besar sahaja yang digunakan untuk memasak bubur lambuk. Tetapi kali ini sebanyak 100 kg beras dimasak untuk dijadikan bubur lambuk.

"Sejak lima tahun lalu, apabila tibanya 1 Ramadan, penduduk akan bergotong- royong memasak bubur lambuk dan aktiviti ini sudah menjadi tradisi bagi penduduk di sini," katanya ketika ditemui di Jalan Jati di sini pada Selasa.

Penduduk Jalan Jati bergotong- royong memasak bubur lambuk pada 1 Ramadan.

Iklan

Mengulas lanjut, Hasanudin berkata, dia tidak berdepan kesukaran untuk mengatur gerak kerja penduduk memandangkan mereka perlu mematuhi produser operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) di Johor ketika ini.

"Sebelum program memasak bubur lambuk ini diadakan, satu mesyuarat bersama penduduk yang akan mengambil bahagian telah pun diadakan.

"Menerusi mesyuarat itu, kami berbincang tentang SOP yang perlu dipatuhi dan penduduk tidak boleh berkumpul ketika memasak dan juga ketika agihan bubur lambuk dibuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Pertanian Mukim Senai, Hairul Anuar Tumiran berkata, kerjasama antara penduduk terserlah apabila mereka bersama-sama meneruskan program memasak bubur lambuk saban tahun.

Katanya, usaha dilakukan ini mampu mengeratkan silaturahim selain dapat berkongsi rezeki dengan penduduk di Bandar Putra Kulai.