Wanita cedera jatuh gaung sedalam 20 meter

Iklan
Mangsa yang cedera, diselamatkan anggota bomba. (Foto: Ihsan bomba)

MERSING - Seorang wanita cedera di kaki selepas terjatuh gaung sedalam 20 meter sewaktu mendaki bersama rakan-rakannya di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Endau pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi tadi, sebelum 12 anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati wanita berusia 51 tahun itu terjatuh di kawasan berbatu di kawasan bukit di situ.

"Kita dimaklumkan mangsa bersama 10 lagi rakan-rakannya mendaki dari jam tujuh pagi, sebelum mangsa tergelincir lalu terjatuh.

Mangsa dirawat sebelum dibawa turun oleh pihak bomba. (Foto: Ihsan bomba).

Iklan

"Kita mengambil sedikit masa untuk membawanya naik memandangkan mangsa mengalami kecederaan.

"Sebaik berjaya dinaikkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan yang turut hadir di lokasi bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Iklan

Jelas beliau, pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk operasi menyelamat dan menurunkan mangsa, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.14 pagi.