Polis kesan penduduk melarikan diri dari lokaliti PKPD Tawau

Iklan
Foto - Bernama

TAWAU - Pasukan pemantau polis akan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengesan penduduk yang melarikan diri dari 13 lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya akan mendapatkan senarai penduduk berdaftar yang tinggal di 13 lokaliti terbabit bagi tujuan pengesanan.

Iklan
Iklan

"Selain itu kita juga ada pasukan bersepadu yang diarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk tujuan sama, mengenal pasti serta mengesan penduduk yang melarikan diri dari lokaliti PKPD.

"Penduduk (melarikan diri) ini nanti akan diarah menjalani ujian saringan Covid-19 serta kuarantin di pusat kuarantin sedia ada, niat kita hanya mahu memastikan kes Covid-19 ini ditangani dan tidak merebak," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lokaliti PKPD di Bandar Sri Indah di sini pada Selasa.

Iklan

Sejak 1 April sehingga kini terdapat 13 lokaliti PKPD diaktifkan di Tawau membabit 17,804 penduduk.

Lokaliti itu adalah Kampung Ranggu Batu 10; Fasa 2 Taman Semarak; Kampung Baru Pasir Putih; Kampung Simpang 3A Merotai Besar; Kampung Muhibbah Raya; Bandar Sri Indah; Taman Sri Bukit Tawau; Taman Cahaya; Jalan Tengku Osman; Kuarters Bomba Tawau; Jalan Mesra dan Kampung Titingan serta Taman Golden Hill.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata tindakan penghuni meninggalkan rumah selepas pengumuman PKPD adalah tidak bertanggungjawab kerana berisiko menjadi penyebar Covid-19 ke kawasan lain.

"Sebab itu tindakan perlu ada untuk penghuni ingkar PKPD ini termasuk mereka perlu membuat ujian calitan dan menjalani kuarantin," katanya.

Navindran turut berharap semua penduduk di kawasan PKPD memberi kerjasama dengan menjalani ujian saringan Covid-19 agar keputusan dapat diperoleh segera dan PKPD boleh ditamatkan lebih awal jika lokaliti berkenaan diisytiharkan selamat. - Bernama