SHAH ALAM- Konsep membeli-belah dalam talian kini menjadi platform pilihan orang ramai kerana bukan sahaja mudah tetapi murah.
Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Jom Shop diperkenalkan bermula Selasa menerusi platform Sinar Harian dan SinarPlus.
Apa yang menarik, Jom Shop bukan sahaja menawarkan produk tetapi juga perkhidmatan harga yang cukup berbaloi-baloi, berkualiti dan diyakini.
Pengarang Eksekutif (Lifestyle) Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, beliau yakin Jom Shop mampu memenuhi permintaan orang ramai.
"Selama 15 tahun Sinar Harian dikenali sebagai akhbar untuk rakyat dan telah banyak memperjuangkan nasib rakyat.
"Bagi memenuhi kehendak pembaca dan keperluan orang ramai, Jom Shop diperkenalkan sebagai online shopping yang menawarkan harga berbaloi-baloi,” katanya pada episod pertama Jom Shop di Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Tambahnya, Jom Shop juga memberi peluang kepada pengiklan sedia ada dan pengiklan baru untuk mempromosikan sekali gus menjual produk mereka.
"Kami juga mengalu-alukan pengiklan baru untuk menambah pendapatan mereka dengan pakej yang semestinya menarik apatah lagi pada bulan Ramadan dan musim perayaan kali ini,” ujarnya.
Dalam episod pertama pada Selasa, Jom Shop menyediakan 100 naskhah al-Quran Multazam Perjuzuk kepada 100 pembeli pertama untuk mendapatkan harga istimewa pada hari pelancarannya.
Jom Shop boleh ditonton secara live di Shopee Live (Karangkraf Mall), Facebook Sinar Harian dan YouTube SinarPlus. Program ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1–1.30 petang dan pada hari Jumaat jam 11–11.30 pagi.
Sementara siaran ulangan akan ditayangkan pada jam 10 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut mengenai Jom Shop boleh hubungi talian: 03-51017405/03-51017406.