PSG, Chelsea teruskan kemaraan

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan PSG-Bayern Munich dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

[DIKEMAS KINI] GERGASI Ligue 1, Paris St Germain (PSG) mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara walaupun tewas 1-0 di Paris kepada Bayern Munich selepas mara dengan agregat 3-3.

Biarpun Eric Choupo-Moting menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan timbal balik itu, namun juara bertahan itu terpaksa akur kekalahan 3-2 pada perlawanan pertama di Allianz Arena Munich minggu lalu.

Iklan
Iklan

Gol Choupo-Moting minit ke-40 pada aksi di Parc des Princes itu gagal menafikan kelebihan gol milik skuad kendalian Mauricio Pochettino yang tampil bersemangat selepas membelasah RC Strasbourg 4-1 pada aksi Ligue 1 pada Sabtu.

Dalam pada itu, kelab sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea meneruskan cabaran kelab England walaupun kecundang 1-0 kepada Porto FC di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville.

Iklan

Tewas tipis hasil jaringan, Mehdi Taremi pada minit ke-94 bagaimanapun sudah cukup membolehkan The Blues kendalian Thomas Tuchel itu mara dengan agregat 2-1.

Kelab London itu yang tampil bermotivasi tinggi selepas membaham Crystal Palace 4-1 dalam aksi liga beberapa hari lalu mengatasi kelab Portugal tersebut 2-0 pada perlawanan pertama di laman lawan sebelum ini.

Iklan