KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu bahawa Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan berkata, berita tersebut tidak benar dan menasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan Covid-19 di negeri ini.