Bekalan vaksin lebih stabil bermula Jun

Iklan
Status permintaan vaksin melalui PICK.

PUTRAJAYA- Bekalan vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dijangka akan lebih stabil mulai Jun depan.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia selaras dengan pelaksanaan program imunisasi fasa kedua yang bakal dilaksanakan secara besar-besaran.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, permintaan melebihi penawaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, antara salah satu sebab bekalan vaksin yang diperoleh Malaysia rendah adalah disebabkan negara kaya lain yang membeli bekalan vaksin sehingga lima kali ganda penduduknya.

Iklan

"Banyak syarikat farmaseutikal memilih negara kaya dengan alasan yang jelas," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong negara menyeimbangkan bekalan vaksin daripada negara pengeluar lain seperti China.

Iklan

"Apa yang paling penting, negara akan mempunyai cukup bekalan untuk mencapai sasaran 80 penduduk divaksinkan sebelum akhir tahun ini," katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, PICK dalam proses akhir fasa pertama sebelum memulakan fasa kedua yang melibatkan warga emas dan individu mempunyai penyakit kronik pada minggu hadapan.

"Saya tahu semua ingin mendapatkan vaksin masing-masing dan kami akan berusaha agar bekalan tiba dengan lebih cepat.

"Sementara itu, tolong patuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Ujarnya, rakyat akan mula menerima notifikasi di aplikasi MySejahtera atau pesanan mesej ringkas (SMS) berhubung tarikh temu janji vaksinasi.

"Terima kasih kerana bersabar," katanya.