Hanif masih Ketua PKR Cabang Rembau

Iklan
Datuk Hanif Hasan

SEREMBAN - Ketua PKR Cabang Rembau, Datuk Hanif Hasan masih sah memegang jawatan Ketua Cabang serta tidak perlu dipertikai.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya sedang menunggu surat pelantikan tersebut daripada Setiausaha Agung PKR.

Iklan
Iklan

"Status Hanif masih Ketua Cabang Rembau dan Timbalannya adalah Datuk Dr S Streram. Kalau ikut peraturan beliau memang masih lagi sah Ketua Cabang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perebutan kerusi Ketua PKR Cabang Rembau sehingga menyebabkan Cabang Rembau mempunyai dua ketua cabang.

Iklan

Hanif dilantik sebagai Ketua PKR Cabang Rembau yang baharu, menggantikan R Tanggam yang digantung keahlian sejak dua tahun lalu.

Timbalannya, Dr Streram pula masih lagi sebagai ahli PKR dan jawatannya kekal sebagai Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau bersama pimpinan Ketua PKR Cabang baharu.

Iklan

Bagaimanapun, pelantikan Hanif ditentang oleh Streram berikutan beliau mendakwa dirinya perlu dilantik sebagai ketua cabang memandangkan sebelum ini memegang jawatan timbala berbanding Hanif hanya sebagai naib.

Dalam pada itu Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan berkata, penyusunan semula di Cabang Rembau dilakukan bagi membolehkan jentera PKR bergerak kembali untuk persediaan Pilihan Raya Umum ke-15.