KEJOHANAN Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020 pada 24 hingga 30 Julai ini ditunda setahun lagi kepada 23 hingga 28 Julai tahun hadapan.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWBF) melalui Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang meminta kejohanan itu ditangguhkan susulan penularan Covid-19.