KUCHING - Toh Puan Norkiah @ Rokiah Bagong, isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini pada Rabu.
Menurut salah seorang anaknya, Allahyarham yang berusia 72 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam12 tengah hari tadi setelah dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak.