Yang bangkang, ALLAH sahaja patahkan usaha mereka: Aman RA

Iklan
Penyanyi, Aman RA
PENYANYI rapper, Aman RA menegaskan dia tidak menumpang populariti penyanyi Haqiem Rusli sebagaimana yang didakwa segelintir netizen.

Menurut Aman RA atau Aman Jamaluddin, pihak penyanyi Selamat Tinggal Sayang itu sendiri yang melamarnya untuk berkolaborasi.

"Bagi saya ini menarik sebab Haqiem sendiri yang menyatakan pihak dia mengusulkan ke arah saya.

"Jadi secara tak langsung ia bertentangan dengan stereotaip masyarakat kita yang selalu mengatakan rapper ini membuat penampilan dalam lagu penyanyi.

"Oleh itu, di sini kita boleh lihat penyanyi yang menampilkan rapper," jelasnya kepada Sinar Harian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Bagus akhirnya Haqiem Rusli dah sedar' ]

Tambah penyanyi Budak Flat ini dia tidak ambil endah dengan sekelompok yang tidak menyokong kerjaya seninya.

"Harap mereka ada bahan dan dapat belajar. Yang menyokong teruskan jangan berhenti.

"Yang nak membangkang, hanya tuhan sahaja boleh patahkan usaha mereka," tegasnya.

Terus ditanya mengenai persiapan ke AJL33 lagu duet bersama Haqiem menerusi lagu Jatuh Bangun, kata Aman RA, dia turut menyumbangkan idea.

"Saya kena bagi laluan kepada Haqiem Rusli selaku tuan rumah, ini lagu dia.

"Besar kemungkinan kena ikut label dan jalan dia tetapi saya takkan segan untuk berkongsi pendapat dan cadangan supaya kami dapat memberikan yang terbaik," tuturnya.

Mengenai perkembangan kerjaya solo, Aman RA baru sahaja mengeluarkan album berjudul REBEL dan single terbaharu berjudul Bangun.