Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Toh Puan Norkiah

Iklan

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, susulan pemergian isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut kenyataan Istana Negara di Instagram pada Rabu.

Norkiah meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ini pada usia 72 tahun di Hospital Umum Sarawak.

Iklan

Allahyarham dilaporkan mengalami pendarahan di bahagian otak. - Bernama

TAG: Agong, Raja Permaisuri, Al-Sultan Abdullah, istana negara, TYT, takziah, meninggal dunia, sarawak

Iklan