Lelaki maut dipercayai digilis kenderaan

Iklan

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut dipercayai akibat digilis kenderaan dalam kejadian di Kilometer 16.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Tol Damansara di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 4.20 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati treler berkenaan dari Putrajaya ke Hutan Melintang, Perak, ketika kejadian pemandu tersedar telah melanggar sesuatu di tengah jalan.

"Apabila pemandu memeriksa, dia mendapati seorang lelaki tidak dikenalpasti kerana hancur berkecai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan urusan pengecaman.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Iklan

"Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan," katanya.