Pemberian lori cold truck bantu tingkat KDNK negara

Iklan
Mazlan (empat, kiri) ketika penyerahan lori cold truck LPP kepada PPK Kota Tinggi.

KOTA TINGGI - Pemberian lori cold truck kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dilihat dapat membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melalui sumbangan pemasaran yang dilaksanakan pertubuhan berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, pada masa kini boleh dilihat sektor agromakanan merupakan antara sektor menyumbang kepada KDNK negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada 2017 sumbangan KDNK dari sektor agromakanan adalah sebanyak RM37.2 bilion atau 3.2 peratus.

"Melalui pemberian cold truck tersebut, ia secara tak langsung dapat membantu meningkatkan KDNK negara melalui sumbangan pemasaran yang dilaksanakan PPK dan PPN.

Iklan

"Bagi memastikan program pemberian cold truck kepada PPK dan PPN pendokong Dasar Agromakanan Negara (DAN), PPK dan PPN perlu gunakan dengan optimum supaya dapat mencapai DAN.

"Sehubungan itu saya berharap dengan pemberian ini PPK dan PPN dapat meningkatkan lagi pendapatan PPK dan PPN seterusnya meningkat keuntungan dan dapat memberi faedah pada ahli serta menjamin keselamatan bekalan makanan negara,"katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan lori cold truck LPP kepada PPK Kota Tinggi.

Mazlan berkata, pada 2018 sembilan cold truck diberi kepada PPK dan PPN di mana melibatkan pembekalan sembilan cold truck freezer dan sebuah cold truck chiller dengan nilai RM1.2 juta.

"Idea bantuan pemberian cold truck kepada PPK dan PPN timbul adalah untuk memudahkan PPK dan PPN untuk memasarkan produk-produk, memastikan produk dipasarkan mempunyai kualiti terbaik dan untuk kegunaan logistik pusat pengumpulan hasil pertanian.

"Sebagai contoh cold truck freezer boleh digunakan untuk hantar ayam dan daging yang segar ke pasaran manakala kegunaan bagi cold truck freezer boleh digunakan memasar terus produk-produk seperti sayuran dan buah-buahan dari ladang terus ke pasaran.

"Saya difahamkan cold truck tersebut diberikan dari peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang disalurkan kepada LPP bagi tujuan memantapkan pemasaran dan pengukuhan rantaian nilai," katanya.

Jelasnya, beliau berharap PPK dan PPN yang menerima bantuan ini dapat menggunakan cold truck ini dengan sebaik mungkin kerana bantuan tersebut merupakan dari kerajaan yang merupakan duit rakyat.