Stok barang kemas kembali pulih

Iklan
Bibi Safura (kanan) pada Pelancaran Tabung Belanja Dapur Safura Ramadan Asnaf dan Ibu Tunggal di Kedai Emas Safura cawangan Gunung Rapat pada Rabu.

IPOH - Stok barangan kemas kembali pulih selepas mengalami kesukaran mendapatkan bekalan lewat tiga minggu lalu.

Pengasas dan Pemilik Kedai Emas Safura, Bibi Safura Ghulam Hyder berkata, rata-rata peniaga sebelum ini buntu selepas masing-masing kehabisan stok untuk ditawarkan kepada pelanggan terutama rekaan popular rantai tangan buah koko, lipan, pulut dakap dan daun ketum.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menurutnya, menyebabkan sebahagian besar pengusaha kedai emas mengambil langkah menutup sementara operasi premis mereka.

"Kalau lihat tiga minggu lepas, keadaan peniaga-peniaga sampai dah tak ada barang nak dijual hinggakan ada kedai yang cuti sekejap.

Iklan

"Tetapi sejak satu ke dua minggu ini, nampak bekalan dah ada semula dan boleh katakan 60 peratus kembali pulih seperti biasa," katanya ketika ditemui pemberita pada Pelancaran Tabung Belanja Dapur Safura Ramadan Asnaf dan Ibu Tunggal di Kedai Emas Safura cawangan Gunung Rapat di sini pada Rabu.

Beliau berkata, keadaan itu perkembangan yang baik untuk pengusaha kedai emas kerana permintaan pelanggan ketika ini masih tinggi terutama menjelang musim perayaan.

Iklan

Katanya, ada kalangan pelanggan yang sanggup membuat tempahan awal terhadap barangan yang kehabisan bekalan kerana keterujaan untuk memilikinya.

"Selepas ini keadaan perniagaan sudah kembali normal," katanya.

Sebagai menghargai sokongan pelanggan, Bibi Safura berkata, pihaknya mengadakan promosi khas jualan barangan kemas selama empat hari bermula Khamis (esok) sehingga 18 April ini dengan tawaran harga serendah RM214 per gram berbanding harga pasaran emas RM260 per gram.

Menurutnya, tawaran itu disediakan kepada 100 pelanggan yang berkunjung ke cawangan Kedai Emas Safura sepanjang empat hari itu iaitu di Gunung Rapat dan Meru Ipoh.

"Istimewanya promosi kali ini apabila tiga peratus daripada hasil jualan itu nanti kita salurkan kepada Tabung Belanja Dapur Safura Ramadan Asnaf dan Ibu Tunggal yang kita lancarkan hari ini (Rabu).

"Dengan dana tabung ini, kita menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 100 keluarga asnaf dan ibu tunggal di sekitar bandar raya Ipoh yang terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya yang memaklumkan tabung itu turut dibantu menerusi sumbangan individu daripada keluarga dan kakitangan Kedai Emas Safura.