Pusat Khidmat Kepong tawar ganjaran RM10,000

Iklan
Status Lip Eng di akaun Twitter miliknya.

KEPONG - Insiden seorang wanita dibelasah peragut dalam lif Stesen MRT Taman Mutiara, Khamis lalu mendapat perhatian pemimpin masyarakat.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi status di Twitternya pagi ini memaklumkan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Iklan
Iklan

"Pusat Khidmat Kepong menawarkan hadiah RM10,000 bagi orang menyalurkan maklumat yang membawa kepada penangkapan seorang perompak yang menyerang seorang wanita yang tidak berdaya dalam lif MRT baru-baru ini. E-mel pejabat saya: parlimenkepong@gmail.com," tulisnya.

Status tersebut mendapat 234 ulang kicau dan 82 tanda suka dalam tempoh kurang dua jam.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta pengurusan rangkaian perkhidmatan awam meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak insiden sama berulang.

Teresa

"Pemantau CCTV perlu lebih proaktif sewaktu berdepan situasi jenayah seperti itu selain pengurusan perlu meletakkan lebih banyak pengawal keselamatan di lokasi berisiko.

Iklan

"Saya nasihatkan juga wanita supaya lebih berhati-hati dan elakkan menggunakan lif jika bersendirian," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan insiden seorang wanita berusia 48 tahun diserang seorang lelaki yang menumbuk dan menendang mangsa sebelum melarikan dompet mangsa.

Selain kerugian wang tunai RM400, kad pengenalan dan kad bank, mangsa turut alami luka di dahi dan sakit badan menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita trauma dibelasah disamun