ISKANDAR PUTERI - Melepasi tempoh 180 hari, Kerajaan Johor sentiasa berusaha gigih dan berikhtiar untuk memastikan janji dalam manifesto PH akan dilaksanakan sebaiknya.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sepanjang tempoh tersebut, beliau bersama anggota pentadbiran mencurahkan tenaga dan usaha untuk mendengar sebanyak mungkin idea, mendekati rakyat dan merumuskan bentuk kebijakan yang harus diambil serta permasalahan perlu ditangani segera.
"Saya ingin menarik perhatian seluruh ahli dewan yang mulia ini, dengan mengimbas kembali pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.
"Syukur ke hadrat ALLAH SWT, kerajaan negeri di bawah PH telah berjaya melaksanakan janji-janjinya seperti mana terkandung dalam 10 manifesto 100 hari.
"Hakikatnya, Johor merupakan negeri pertama berjaya menunaikan kesemua janji dalam tempoh 100 hari,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 bertemakan ‘Menerajui Perubahan: Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari’ di Kota Iskandar di sini hari ini.
Belanjawan tersebut merupakan belanjawan sulung dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PH selepas berjaya membentuk kerajaan pasca PRU14, Mei lalu.
Osman berkata, kerajaan negeri seterusnya tidak berlengah untuk menyusun dan melaksanakan gerak kerja bagi memenuhi janji manifesto dalam tempoh lima tahun.
Katanya, inisiatif itu perlu dibuat secara terancang, tersusun dan strategik malah kerajaan negeri berpegang kepada tiga teras utama perjuangan PH iaitu meringankan beban kos kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik serta merancak pertumbuhan ekonomi yang adik dan saksama.
"Komitmen ini bakal diterjemah dalam setiap program dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Oleh itu Belanjawan Johor 2019 digunakan sepenuhnya bagi membantu rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa dan mendatang.
"Sehubungan itu, dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan negeri akan berusaha dengan sebaiknya untuk menjayakan manifesto PH Johor,” katanya: