SEREMBAN - Empat anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Negeri Sembilan dalam Ops Jambu pada Khamis selepas didakwa meminta dan menerima wang suapan daripada penjaja.
Menurut sumber, kesemua individu berusia antara 36 hingga 53 tahun itu ditahan pada jam 2 petang ketika berada di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Iklan
Iklan
Kesemua mereka bertugas sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pembantu penguatkuasa.
Difahamkan mereka disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada penjaja pasar pagi dan malam di sekitar Lukut dan Port Dickson sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjaja yang tidak berlesen
Sumber berkata, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.