MEXICO CITY - Presiden Haiti, Jovenel Moise pada Rabu melantik Menteri Luar, Claude Joseph sebagai Perdana Menteri sementara, menggantikan Joseph Jouthe, lapor Agensi Berita Xinhua.
Di Twitter, Moise mengesahkan beliau menerima peletakan jawatan Jouthe dan berkata"akan mengatasi isu keselamatan awam dan meneruskan perbincangan untuk mencapai kesepakatan demi kestabilan politik dan institusi negara kita."