UEFA denda Manchester United

Iklan
Shaw (kanan) diasak pemain Granada, Antonio Puertas (kiri) semasa perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di Stadium Nuevo Los Carmenes 8 April lalu.

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United didenda Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas lima pemain The Red Devils dikenakan kad kuning, dengan tiga daripadanya sedang menjalani penggantungan semasa melakar kemenangan 2-0 ke atas Granada di Stadium Nuevo Los Carmenes 8 April lalu.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer yang menguasai aksi suku akhir pertama Liga Europa mudah mengatasi wakil La Liga itu 2-0 hasil jaringan babak pertama Marcus Rashford diikuti penalti penghujung perlawanan Bruno Fernandes, namun didapati berdepan masalah disiplin dalam kalangan pemain.

Iklan
Iklan

Tiga tonggak Red Devils, Paul Pogba, Scott McTominay dan Luke Shaw masing-masing dilayangkan kad kuning pada babak pertama diikuti kapten pasukan Harry Maguire dan pemain gantian Nemanja Matic pada babak kedua.

Menurut UEFA, kelab tangga kedua EPL tersebut didapati bersalah di atas tingkah laku buruk pemain-pemainnya selain mengkritik disiplin pemain United.

Iklan
Iklan

McTominay, Shaw dan Maguire tidak boleh beraksi pada suku akhir kedua menentang Nazaríes kendalian Diego Martínez di Old Trafford pagi Jumaat selain badan induk bola sepak Eropah itu turut mengenakan denda €7,000 (RM34,500) terhadap United.