Covid-19: New Delhi laksana perintah berkurung hujung minggu

Iklan
Kerajaan New Delhi pada Khamis mengumumkan akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu untuk 'memutuskan rantaian' jangkitan dan menyekat aktiviti tidak penting. Foto Xinhua

NEW DELHI - New Delhi melaksanakan perintah berkurung hujung minggu untuk memerangi Covid-19 sementara banyak negeri telah mengumumkan pelbagai langkah baharu ekoran lonjakan jangkitan menyebabkan hospital sesak dengan pesakit.

Langkah lebih ketat itu diambil memandangkan India mencatatkan 200,739 kes harian baharu dan 1,038 kematian, menurut data Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Uttar Pradesh, negeri paling padat penduduk, akan melaksanakan perintah berkurung antara jam 8 malam dan 7 pagi di 10 daerah yang mencatatkan lebih 2,000 kes aktif dan menutup semua sekolah selama sebulan.

Kerajaan New Delhi pada Khamis mengumumkan akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu untuk 'memutuskan rantaian' jangkitan dan menyekat aktiviti tidak penting.

Iklan

Auditorium, restoran, pusat beli-belah, gimnasium dan spa ditutup namun pawagam dibenarkan beroperasi dengan sepertiga kapasiti pada hari biasa.

Negeri Rajasthan melaksakan perintah berkurung dari 6 petang hingga 5 pagi mulai Jumaat bersama langkah-langkah lain untuk menyekat perhimpunan awam dan aktiviti sosial.

Iklan

Banyak wilayah di India bergelut menangani lonjakan kes Covid-19, dengan petugas perubatan dan hospital bekerja dalam keadaan yang sangat sukar.

Di beberapa tempat, jumlah korban semakin bertambah menyebabkan kekurangan tempat krematorium dan pengebumian.

Menurut media tempatan, di bandar Surat, Gujarat struktur tempat membakar mayat hampir lebur disebabkan penggunaan berterusan. - Bernama