CORONADO - CALIFORNIA. Gara-gara ingin mencari keunikan untuk memperkenalkan jantina anak bakal dilahirkan kepada rakan-rakannya dengan menggunakan bahan letupan, sepasang suami isteri akhirnya menerima padah apabila Hutan Nasional Coronado terbakar.
Tindakan Dennis Dickey, 37, dan isterinya, Rita, menggunakan bahan letupan dipanggil 'tannerite' mengakibatkan kebakaran berlaku di ladang sawit seluas 47,000 ekar.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dengan kekuatan seramai 800 anggota bomba dengan kos kerugian melibatkan AS$8.2juta.
Pasangan itu menggunakan bahan letupan itu untuk memaklumkan jantina anak bakal dilahirkan dan letupan itu akan mengeluarkan asap warna biru menunjukkan anak lelaki.
Dalam video berdurasi 49 saat itu, Dickey telah menembak sasaran kotak tertulis lelaki atau perempuan yang mengandungi 'Tannerit' dan bahan letupan itu meletop dengan kuat hingga mencetuskan kebakaran di kawasan tersebut.
Malah ketika itu, cuaca panas melanda bandar berkenaan hingga api merebak ke Hutan Nasional Coronado.
Sejurus insiden itu, Dickey terus menghubungi balai bomba dan penyelamat berhubung kejadian itu.
Dia turut mengaku bersalah dengan memulakan kebakaran tanpa izin dan dijatuhi hukuman lima tahun, denda AS$100,000 dan perlu membayar AS$500 setiap bulan selama 20 tahun. - SKY