Annuar tidak setuju desakan Zahid berundur

Iklan
Annuar

KOTA BHARU - Tindakan segelintir pihak yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan itu disifatkan tidak wajar.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpandangan, kerja-kerja memperkukuhkan semula parti dilihat lebih penting dengan menjadikan semangat Ramadan sebagai platform ke arah penyatuan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak setuju (desakan supaya Ahmad Zahid berundur), kalau nak berundur itu adalah hak kepada tuan punya badan.

"Cuma bagi saya, lebih elok kita ikut saja kepada peraturan parti sehingga pemilihan sampai," katanya ketika diminta mengulas desakan supaya Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak itu berundur dari UMNO.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan di Kampung Padang Halban pada Khamis.

Menurutnya, apabila tempoh pemilihan sampai semua orang bebas menawarkan diri untuk jawatan itu.

Iklan

Beliau berkata, seandainya pengunduran itu menyebabkan ketidakstabilan pada parti ia akan menjadi kerugian.

Annuar berkata, tempoh memegang jawatan yang hakiki akan tamat pada 30 Jun ini.

"Sekarang April, dua bulan saja lagi dan pada Ramadan ini dalam pimpinan UMNO merapatkan saf itu lebih baik serta bersabar.

"Jadi, tidak perlu mendesak apa-apa," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat.